HomeUtamaPICK : 3,000 Penduduk Sekitar Benoni Disasar Menerima Vaksinasi Melalui Program Jangkauan...

PICK : 3,000 Penduduk Sekitar Benoni Disasar Menerima Vaksinasi Melalui Program Jangkauan Luar

Read Time:1 Minute, 0 Second

PAPAR: Kumpulan Sawit Kinabalu meneruskan pelaksanaan Program Jangkauan Luar Vaksinasi di Wilayah Pantai Barat dengan mensasarkan seramai 3,000 penduduk sekitar Kampung Benoni disini menerima vaksin COVID-19.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut dibantu Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis.

Kumpulan Sawit Kinabalu dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan program itu adalah bagi membantu kerajaan khususnya di Sabah mencapai imuniti kelompok sebanyak 60 peratus dengan lebih cepat menjelang penghujung Oktober ini.

Katanya, pelaksanaan program di Dewan Sri Danau Benoni itu adalah yang ketiga dilaksanakan di Wilayah Pantai Barat selepas penganjuran pemberian vaksin di Rawat dan Rehat (R&R) Langkon Kota Marudu dan Dewan Sri Dayang Lumadan baru-baru ini.

“Program di Benoni ini diadakan selama dua hari bermula semalam dimana seramai 3,000 penduduk sekitar dan pekerja ladang Sawit Kinabalu akan menerima vaksin COVID-19.

“Sudah pasti ini merupakan adalah inisiatif Kumpulan Sawit Kinabalu bagi membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok sebanyak 60 peratus menjelang penghujung Oktober nanti,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Pembantu Menteri Pembangunan Industri Sabah Mohd Tamin @ Tamin Zainal dan Pengurus Besar Ladang Wilayah Pantai Barat Syed Khairul Malay Rasheed yang mewakili Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular