HomeUtamaCOVID-19: JKNS Menjelaskan Bilangan Kes Kematian Tidak Semestinya Dilaporkan Dalam Tempoh 24...

COVID-19: JKNS Menjelaskan Bilangan Kes Kematian Tidak Semestinya Dilaporkan Dalam Tempoh 24 Jam

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menjelaskan bahawa bilangan kes kematian akibat jangkitan virus COVID-19 di Sabah yang dilaporkan tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam, ini adalah ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Kenyataan tersebut menjelaskan berikutan kes kematian yang tinggi dilaporkan sebanyak 84 kes semalam (12 September 2021).

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan JKNS, sebanyak 39 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Sandakan dan Tawau, lima kes di Kota Belud dan Tuaran, empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Lahad Datu dan Papar manakala Sipitang, Kudat, Kinabatangan, Kunak, Pitas, Keningau, Penampang, Kalabakan dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes.

“Manakala bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 2,085 iaitu lebih tinggi dari jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,649 kes,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

“Daripada 1,649 kes yg didaftar hari ini, 635 kes atau 38.51% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 142 kes atau 8.61% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 122 kes atau 7.40% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi5 hari,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Menurut Masidi, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 932 kes atau 56.5%, Saringan Bergejala 481 kes atau 29.2%, 74 kes daripada Saringan Kluster dan 162 kes melalui Saringan Lain-lain.

Katanya, kes di Kota Kinabalu naik semula kepada 314 (+122) kes, Penampang naik (+97) kes, Keningau (+33) kes, Kinabatangan (+22) kes dan Tambunan (+25) kes.

Manakala Daerah Sandakan turun (-117) kes, Tawau (-31) kes, Papar (-47) kes dan Kota Marudu (-57) kes. Terdapat 44 kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) yang dicatat hari ini termasuk 18 kes dari Pusat Latihan Henry Gurney dan 18 kes lagi daripada Penjara Kepayan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya