HomeUtama2 Mangsa Maut, 4 Selamat, Tanah Runtuh di Forest Hill, Penampang

2 Mangsa Maut, 4 Selamat, Tanah Runtuh di Forest Hill, Penampang

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua mangsa maut termasuk kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dalam satu kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Penampang dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, PgKB I Misran Bisara mengesahkan kejadian dan menerima panggilan kecemasan tanah runtuh pada jam 5.57 petang tadi melibatkan enam mangsa termasuk dua orang mangsa maut dikenali Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurut Misran, empat lagi mangsa yang terselamat termasuk bayi berumur 8 bulan Dayana Zulazmil, dua kanak-kanak Juliana Zulazmil, 1, dan Norsirah asbirin, 3, serta Risdah Jabin, 22.

Manakala turut dilaporkan kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda bermula 12 tengah hari tadi di sekitar Kota Kinabalu dan beberapa kawasan berdekatan melibatkan 30 kampung iaitu;

  1. Kg sugud
  2. Kg kodou sugud
  3. Kg. Maang
  4. Kg homiligan, penampang
  5. Kg tindai
  6. Kg potuki, penampang
  7. Kg kolopis
  8. Kg lengkuas, papar
  9. Kg bobogon
  10. Kg labak
  11. Kg temvovo
  12. Kg sulin
  13. Forest hill
  14. Kg pavilion bundusan
  15. Kg tondukif
  16. Kg pukakon hinobong
  17. Kg tinduzon sugut
  18. Kg tampasak
  19. Kg jo lok kawi
  20. Kg lok kawi baru
  21. Taman kck 1 penampang
  22. Kg lembising
  23. Kg kibabaig
  24. Taman penampang
  25. Taman gemilang
  26. Kg matsiang
  27. Kg bantayan
  28. Kg baru luyang
  29. Kg cendera kasih
  30. Taman seputih

“Kerja-kerja pemindahan masih dijalankan di kawasan yang terlibat banjir teruk,” katanya.

Dalam pada masa yang sama terdapat dua mangsa hilang dikhuatiri dihanyutkan oleh air di Sungai Sugod di Penampang.

“Anggota Bomba masih menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat terhadap kedua-dua mangsa hanyut tersebut,” tambah Misran.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular