HomeUtamaUMNO Perlu Pastikan Janji Kembalikan Hak Sabah Menerusi MA63 Ditunaikan - Anifah

UMNO Perlu Pastikan Janji Kembalikan Hak Sabah Menerusi MA63 Ditunaikan – Anifah

Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Umno perlu memastikan janji untuk mengembalikan hak Sabah yang termaktub didalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikotakan setelah parti itu kini berkuasa kembali, tuntut Presiden Parti Cinta Sabah Dato Sri Anifah Aman.

Katanya, tiada sebab hal ini dilengah-lengahkan atau diberi pelbagai alasan memandangkan Presiden Umno Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah membuat janji tersebut, malah mengatakan bahwa apa pun kekangan yang timbul akan diatasi demi memastikan ianya terlaksana.

“Presiden Umno telah berjanji kepada rakyat Sabah untuk melaksanakan MA63 100 peratus. Tiada lagi sebab untuk melengah-lengahkan atau member pelbagai alasan memandangkan parti itu sudah kembali berkuasa. Dari dulu sehingga kini saya amat menghormati YB Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi dan percaya beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mengotakan janji,” katanya di dalam kenyataan sempena dengan Hari Malaysia disini hari ini.

Zahid, ketika berkempen di pilihanraya kecil Kimanis tahun lepas, telah berjanji bahawa sekiranya kerajaan Barisan Nasional menerusi Umno diberi mandat berkuasa semula akan “melaksanakan MA63 100 peratus.”

Parti Melayu tersebut kini telah kembali ke tampuk pimpinan tertinggi kerajaan setelah Dato Sri Ismail Sabri Yaacob, selaku Naib Presiden, dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Bagi pihak semua rakyat Sabah, saya menuntut janji ini daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk memenuhi janji dan melaksanakan MA63 100 peratus. Saya ulangi, 100 peratus. 0.1 peratus luring pun kita tidak akan terima,” tegasnya.

Anifah juga menuntut kerajaan pusat pimpinan Umno itu juga tidak lagi menubuhkan jawatankuasa yang dipertanggungjawapkan untuk menkaji hal berkaitan MA63. Sebaliknya, rakyat kini ingin melihat samaada Zahid dan Umno memiliki integriti untuk memenuhi “janji yang bukan sembarang jani” tersebut.

“Kita tidak perlukan lagi jawatankuasa ditubuhkan. Ketika saya didalam kerajaan, perkara ini sudah sampai ke peringkat Kabinet pun.

“Lagipun, sekarang kami di Sabah perasan asal tukar kerajaan sebuah jawatankuasa baru ditubuhkan untuk mengkaji MA63 dan sebagainya,” katanya.

Menurut Anifah, yang merupakan salah seorang pemimpin politik veteran yang berpengalaman, rakyat Sabah sehingga merasa diri mereka diperbodohkan dengan taktik perlegah-lengahan dan diberikan harapan palsu oleh kerajaan pusat yang menubuhkan jawatankuasa yang terbukti tidak bertindak apa-apa langsung.

Lagipun, apa yang telah dijanjikan oleh Zahid di Kimanis sudah cukup terang, tambahnya.

“Beliau sudah berjanji MA63 akan dilaksanakan 100 peratus apabila Umno menawan Putrajaya semula. Kotakan lah janji tersebut. Rakyat Sabah sudah muak dengan janji-janji kosong,” kata Anifah.

Mantan Menteri Luar mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri dan yakin bahawa Perdana Menteri ketika ini amat memahami aspirasi rakyat Sabah dan oleh yang demikian akan memastikan segala hak keistimewaan negeri Sabah didalam MA63 akan dikembalikan.

Katanya, dia amat mengenali Ismail sebagai seorang pemimpin yang bepegang kuat kepada prinsip and berintegriti serta merupakan seorang individu yang sentiasa mengotakan janji.

Dengan keadaan politik negara yang tidak stabil, tekanan keatas kerajaan pimpinan Ismail ini untuk mengembalikan segala hak istimewa Sabah dan Sarawak kian memuncak.

Kedua-dua negeri Borneo ini telah lama menuntut hak mereka sebagai rakan dalam pembentukan Malaysia, bukannya sekadar negeri seperti negeri-negeri lain di Malaya. Sempena Hari Malaysia ini, kami harapkan ada pengumuman positif buat rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular