Read Time:24 Second
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan panggung wayang untuk beroperasi mulai Sabtu di negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, panggung wayang dibenarkan beroperasi mulai Sabtu, 18 September 2021.
“Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi.
“Aktiviti panggung wayang ini dibenarkan beroperasi dengan syarat pekerja dan penonton telah lengkap divaksin, dan dengan kapasiti 50% dewan tayangan pawagam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.