HomeIsu tempatanPPV Ranau Beri Vaksinasi Remaja Umur 12-17 Tahun

PPV Ranau Beri Vaksinasi Remaja Umur 12-17 Tahun

Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Ranau, hari ini memulakan program pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun dengan suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer susulan pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang membenarkan golongan remaja tersebut menerima vaksin semalam.

“Kami sebagai ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, pemimpin yang prihatin terhadap keselamatan kesihatan bukan sahaja untuk golongan dewasa tetapi kanak-kanak juga diberikan suntikan vaksin tersebut,” kata Nabin Gandong dari Kg Paka Dua Ranau semasa menemani anaknya menerima vaksin.

“Sebelum ini hanya mereka berusia 18 tahun dan ke atas sahaja yang perlu menerima suntikan  tapi sekarang golongan remaja atau pelajar sekolah rendah dan menengah berusia 12 hingga 17 tahun boleh sudah divaksin sebagai benteng diri daripada terkena jangkitan COVID-19,” jelas Nabin.

Menurut Nabin lagi, peluang dan usaha kerajaan ini harus diambil perhatian serius oleh golongan ibu bapa atau penjaga remaja/pelajar bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada terus menjangkiti keluarga, warga sekolah dan komuniti seluruhnya. 

Terdahulu, tinjauan mendapati PPV di Dewan Masyarakat Ranau itu telah memberi suntikan dos pertama kepada lebih 30 orang pelajar dari SMK Ranau dan SMK Mat Salleh pada sebelah pagi dan jumlah bertambah pada sebelah petangnya berikutan kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya anak-anak sekolah menerima suntikan vaksin sebelum bermula sesi persekolahan bersemuka tidak lama lagi seperti yang disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya