HomeUtamaPICK : PPV Sekitar KK,Putatan & Penampang Laksana Pemberian Vaksin Kepada Remaja...

PICK : PPV Sekitar KK,Putatan & Penampang Laksana Pemberian Vaksin Kepada Remaja Secara ‘Walk-In’

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang mula melaksanakan pemberian vaksinasi kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula hari ini.

Antara yang membuka PPV bagi tujuan itu termasuklah PPV Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu kenyataan berkata, PPV IPT-UMS mempelawa remaja berusia 12 hingga 17 tahun untuk datang mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara terus atau ‘walk-in’ bermula hari ini.

PPV IPT-UMS itu beroperasi bermula jam 8.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat dan berakhir jam 4 petang.

“Remaja yang hadir ke PPV perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Selain PPV IPT-UMS, turut membuka ruang pemberian vaksin kepada golongan remaja adalah di PPV Wisma Wanita yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.  Manakala di PPV Dewan Mini Putrajaya turut melaksanakan pemberian vaksinasi kepada golongan remaja.

Di PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) turut akan melaksanakan program sama bermula esok bertempat di HCO-C SICC bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang secara terus atau ‘walk-in’.

Sementara itu, dua PPV di Penampang turut membuka ruang sama iaitu di PPV Dewan Kebudayaan dan Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Bagi remaja sekitar Putatan, mereka boleh hadir ke PPV Dewan Sri Putatan.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, Sabah akan memulakan program imunisasi melibatkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, bermula hari ini.

Perkara itu diputuskan selepas perbincangan pada Mesyuarat Kabinet negeri pada semalam.

“Keputusan ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan golongan dewasa dan remaja divaksin sekali gus menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober depan,” kata Hajiji.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular