HomeUtamaKerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat...

Kerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat Bencana Banjir Di Penampang

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Penampang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pengagihan bantuan, kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Katanya, beberapa penduduk yang telah menerima bantuan bakul makanan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Pihak kerajaan akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.

“Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurut Hajiji, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini.

“Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.,” Jelasnya.

Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, Hajiji telah mengarah pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.

Hajiji juga memaklumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan.

“Pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa,” katanya.

Hajiji turut berterima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dalam mengurus bencana ini.

“Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera,’ tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya