HomeUtamaPekerja Sektor Tanaman Sayuran Terima Vaksin

Pekerja Sektor Tanaman Sayuran Terima Vaksin

Read Time:1 Minute, 42 Second

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 11,000 daripada 17,000 pekerja sektor penanaman sayur di sini  menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) yang bermula  27 Ogos lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, program itu dilaksanakan di empat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di sini iaitu Kampung Raja, Dewan Orang Ramai Lembah Bertam, Dewan Serbaguna JKKK Tringkap dan Hentian R&R Lojing, Kelantan.

Katanya, sebanyak 400 syarikat turut serta dalam program AiVAC yang merupakan langkah proaktif dalam menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara serta menyahut seruan kerajaan memastikan semua individu di vaksin tidak kira warganegara atau bukan warganegara.

“Kalangan pekerja dan pemain industri di sini memberi sambutan positif yang mana mereka sedia menerima vaksin. Saya rasa kesedaran dalam kalangan pekerja dalam sektor agromakanan di sini begitu tinggi dalam mendapat vaksinasi.

“Program ini juga sebahagian usaha kementerian ini bersama pemain-pemain industri bagi memastikan pekerja mereka mendapat vaksin, sekali gus dapat meningkatkan imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Program AiVAC di Dewan Serbaguna Kampung Raja di sini, hari ini.

Yang hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd Razak dan Ketua Setiausaha kementeri, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Menurut Ronald, agromakanan antara sektor perkhidmatan penting dalam rantaian bekalan makanan negara yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, sektor pertanian tetap dibenarkan beroperasi kerana diletakkan sebagai sektor penting dan beberapa langkah telah diambil kementerian untuk memastikan aktiviti serta rantaian tanaman sayur termasuk penanaman, penuaian dan pengangkutan dapat bergerak walau kawasan itu berada dalam PKPD.

“Kementerian ini memandang serius terhadap sekuriti makanan dan kita akan pastikan ia tidak terganggu walaupun dalam keadaan pandemik, PKP atau PKPD.

“Setakat ini setelah hampir dua tahun berdepan Covid-19, keadaan bekalan makanan masih berterusan yang mana dari segi sekuriti makanan tidak terganggu disebabkan pandemik, kita tidak ada kekurangan bekalan,” katanya. – Utusan Online

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular