HomeUtamaCOVID-19: 1,395 Kes Positif Baharu Terus Menurun Di Sabah

COVID-19: 1,395 Kes Positif Baharu Terus Menurun Di Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes Positif COVID-19 di Sabah terus menurun iaitu sebanyak 1,395 kes yang direkodkan hari ini berbanding semalam 1,533 kes, selain 13 kes kematian turut dilaporkan iaitu tiga kes di Lahad Datu dan Putatan, dua kes di Tawau dan Kudat manakala Kota Belud, Sandakan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,395 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 184,221 kes.

Manakala bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,775 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 158,502 orang.

Menurut Masidi, secara keseluruhan, kebanyakan daerah menunjukkan angka penurunan kes pada hari ini dengan statistik 16 daerah mencatatkan penurunan dan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes.

“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan perubahan kes yang agak baik dengan catatan cuma 160 kes, sementara beberapa daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Ranau (-64) kes, Pitas (-32) kes, Penampang (-30) kes, Kinabatangan (-22) kes, Keningau (-19) kes dan Tenom (-14) kes.

“Manakala daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Sandakan (+75) kes, Kota Marudu (+33) kes, Kunak (+16) kes, Lahad Datu (+13) kes, Tambunan (+11) kes dan Nabawan (+10) kes. Terdapat (33) kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) / banduan yang dicatat hari ini,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Katanya, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari
ini dengan 833 kes atau 59.7%, Saringan Bergejala 383 kes atau 27.5%, 26 kes daripada Saringan Kluster atau 1.9% dan 120 kes melalui saringan lain-lain.

Justeru itu, daripada 1,395 kes yang berdaftar hari ini, 385 kes atau 27.6% adalah pesakit dalam Kategori 1, 899 kes atau 64.44% dalam Kategori 2, sembilan kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan tujuh kes dalam kategori 5. Manakala 88 kes masih dalam siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya