HomeUtamaKerajaan Persekutuan Salur Lebih Banyak Peruntukan Untuk Tangani Bencana Di Sabah

Kerajaan Persekutuan Salur Lebih Banyak Peruntukan Untuk Tangani Bencana Di Sabah

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sabah menjangkakan menerima lebih RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan bencana di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata Kerjaan Negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan untuk pengurusan bencana di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara pada awal minggu ini.

Permintaan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.

Jumlah RM18 juta yang disampaikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk penggunaan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana.

“Ahli Parlimen Kota Kinabalu perlu memeriksa fakta sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan dengan niat tidak baik demi kepentingan politiknya,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini.

Katanya, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular