UMNO Sabah Kehilangan Seorang Pemimpin Berjiwa Kental

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : UMNO Sabah menyifatkan pemergian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Nilwan Kabang sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat khususnya UMNO negeri.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Allahyarham yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 awal pagi tadi merupakan seorang pemimpin yang berjiwa kental,tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran.

“Allahyarham adalah seorang sahabat yang rapat dengan saya, kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya politik sejak era pemerintahan USNO sehingga UMNO melebarkan sayap ke Sabah.

“Kami berjuang bersama, sebab itu saya sifatkan Allahyarham seorang pemimpin berjiwa kental dan sentiasa kepada perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Bung bersama kepimpinan UMNO Sabah merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham iaitu Datin Amnani Abdullah serta seluruh ahli keluarga.

“Moga mereka tabah menghadapi saat sukar ini dan kami mendoakan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,” katanya.

Allahyarham Nilwan,71, bekas ADUN  Kunak dan veteran politik Sabah  meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, awal pagi tadi akibat jangkitan COVID-19 sebelum dilaporkan menghembuskan nafas terkahir pada jam 3.45 pagi tadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *