HomeUtamaPICK: Sabah Terus Rekod Angka Tertinggi Dalam Pemberian Vaksin COVID-19

PICK: Sabah Terus Rekod Angka Tertinggi Dalam Pemberian Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus merekodkan angka tertinggi dalam pemberian vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehingga semalam,sebanyak 53,286 jumlah dos vaksin telah diberikan kepada penerima di negeri ini.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 35,927 adalah penerima dos pertama, manakala 17,359 adalah dos kedua, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Dalam pada itu, PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi membendung penularan COVID-19 di seluruh negara terus mencatat perkembangan positif apabila lebih 78 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19 sehingga semalam.

Portal COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan, seramai 18,295,012 individu berusia 18 tahun ke atas atau 78.2 peratus daripada kira-kira 23.4 juta penduduk dewasa Malaysia, sudah lengkap divaksin.

Jumlah individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin turut meningkat kepada 21,794,040 orang atau 93.1 peratus daripada keseluruhan penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini.

Secara keseluruhan, jumlah populasi negara yang sudah mendapat vaksin lengkap adalah seramai 18,295,014 individu atau 56 peratus daripada lebih 32 juta penduduk Malaysia.

Sejumlah 3,643,412 individu atau 67.2 peratus daripada keseluruhan populasi negara pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) mendahului jumlah populasi yang mencatat penerima vaksin tertinggi dengan 77.6 peratus daripada keseluruhan penduduknya sudah lengkap divaksin.

Ia disusuli Labuan (67.3 peratus), Negeri Sembilan (67.1 peratus), Sarawak (64.7 peratus), Perlis (59.2 peratus) dan Melaka (55.7 peratus).

Dua negeri pula masih kekal mencatat jumlah populasi lengkap divaksin di bawah 40 peratus, iaitu Sabah (38.4 peratus) dan Kelantan (36.7 peratus).

Kapasiti vaksinasi harian pula mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 232,559 dos vaksin diagihkan di seluruh negara semalam, berbanding 238,002 dos kelmarin.

Ia menjadikan sejumlah 40,155,975 dos vaksin COVID-19 sudah diberikan di negara ini sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah vaksinasi yang diberikan semalam, 73,106 adalah dos pertama dan baki 159,453 membabitkan dos lengkap vaksin berkenaan.

Setakat semalam, sejumlah 46 peratus daripada lebih 40 juta dos vaksin yang diberikan adalah keluaran Pfizer, disusuli Sinovac (45.8 peratus), AstraZeneca (lapan peratus) dan vaksin satu dos Cansino (0.2 peratus).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya