HomeIsu tempatanPolis Tahan 5 Lelaki Tempatan Miliki Senjata Api Buatan Sendiri

Polis Tahan 5 Lelaki Tempatan Miliki Senjata Api Buatan Sendiri

Read Time:2 Minute, 20 Second

RANAU: Sepasukan Polis telah berjaya menahan lima lelaki tempatan dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri dalam satu operasi yang dijalankan di Ranau bermula 10 September baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri seperti bakakok, ginsuk , senapang angin dan senapang guli yang terdapat di daerah ini.

Kata Simiun, biasanya pemilik senjatapi buatan sendiri memberi alasan faktor keselamatan tanaman dan tujuan memburu antara sebab mereka  memiliki senjata api buatan sendiri tanpa memikirkan keselamatan dan kesalahan mereka berbuat demikian.

Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Ranau dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah katanya, kini giat  melaksanakan operasi bagi mengekang pemilikan senjata api buatan  sendiri sehingga telah  berjaya mengesan aktiviti tersebut di daerah Ranau yang melibatkan warga tempatan.

“Pada 10  September lalu,  sepasukan  pegawai dan anggota Jabatan Siasatan  Jenayah IPD kontinjen Sabah dengan dibantu oleh Cawangan Khas  IPD Ranau telah menjalankan  serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Kigiok Ranau dan telah menangkap  seorang lelaki tempatan berumur 30’an dan merampas dua laras senjata api buatan sendiri jenis bakakok , 8 butir peluru hidup jenis 12 bore, 3 butir kelongsong peluru jenis 12 bore, 30 butir pallet senapang angin dan beberapa peralatan membuat senjatapi (mesin gerudi, mesin  pengimpal, kikir batang paip besi)”, jelas Simiun dalam satu kenyataan menerusi sidang Media di IPD Ranau, hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 197, sekiranya disabitkan dengan kesalahan  boleh dihukum mati atau penjara  seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

“Pasukan Polis telah membuat beberapa serbuan di pelbagai lokasi di daerah Ranau dan Tambunan hasil serbuan  tersebut telah menangkap empat lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 57 tahun serta merampas dua laras senjata api jenis bakakok, satu laras senjata jenis senapang angin, 50 butir peluru hidup jenis 12 bore, empat kotak kecil pallet dan empat batang paip besi.

Dalam pada itu, Simiun turut memaklumkan operasi yang telah dilaksanakan di daerah Ranau bermula antara 10 September telah berjaya menahan lima lelaki tempatan serta membuat rampasan sembilan laras senjata api buatan sendiri jenis bakakok, 11 laras senjata jenis senapang angin,  58 butir peluru  hidup jenis 12 bore, 3 butir kelongsong  peluru jenis 12 bore,  30 butir pallet senapang angin, empat kotak kecil  pallet senapang angin dan beberapa peralatan yang dipercayai  digunakan  untuk membuat senjata api.

“Operasi mengekang pemilikan dan pembuatan senjata api  buatan sendiri tanpa lesen yang sah di daerah ini dipertingkatkan bagi memastikan tiada pelanggaran  undang-undang dan mengelak tindakan tegas diambil ke atas mereka.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang melanggar undang-undang,” tegas Simiun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular