PBS Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tiga Kampung Dalam DUN Moyog

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada 488 penduduk di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang terjejas teruk oleh banjir minggu lalu.

Tiga kampung tersebut ialah Kg. Sugud, Kg. Maang dan Kg. Babah Bunduon.

Sumbangan berupa makanan, peralatan memasak dan wang tunai tersebut disampaikan semasa lawatan pemimpin-pemimpin parti tersebut bagi meninjau keadaan mangsa banjir berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Agung, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Penerangan, Datuk Julita Majungki; Ketua Pemuda, Christoper Mandut; Ketua Bahagian N. 26 Moyog, John Chryso Masabal bersama Pergerakan Pemuda dan ‘Task Force’ team.

Penduduk yang terkesan oleh banjir di kampung-kampung tersebut telah ditempatkan di balai raya-balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mangsa banjir yang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu, Ketua Bahagian PBS N.26 Moyog menerima sumbangan daripada parti untuk membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.

PBS juga mengucapkan terima kasih kepada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang turut memberikan sumbangan sebanyak 2,055 keping roti bun and 270 keping roti kok kepada mangsa banjir.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *