HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Sabah Terus Tuntut Hak Hasil Dibawah MA63

DUN Sabah : Kerajaan Sabah Terus Tuntut Hak Hasil Dibawah MA63

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan terus memperjuangkan tuntutan hak hasil di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia antara usaha bagi memastikan hasil negeri kekal mampan agar kesejahteraan rakyat terus terjamin khususnya ketika ekonomi dan pendapatan rakyat terjejas akibat COVID-19.

“Sumber hasil baharu yang diperkenalkan tahun lalu iaitu Cukai Jualan Negeri ke atas Produk Petroleum telah menyumbang secara signifikan ke atas sumber kewangan kerajaan Sabah.

“Kerajaan negeri juga beriltizam untuk terus memastikan sasaran anggaran hasil yang ditetapkan tahun ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 disini hari ini.

Juhar berkata, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan tahun semasa dan merasionalisasikan pengurusan sumber untuk mencapai matlamat dan strategi Bajet Negeri.

Katanya, ia termasuklah pendigitalan beberapa proses penting di Kementerian Kewangan seperti kutipan hasil dan belanjawan pembangunan.

“Sistem-sistem yang sedang dan akan dibangunkan ini akan meningkatkan produktiviti, penyampaian dan pencapaian hala tuju pembangunan negeri dengan lebih efisien dan efektif.

“Usaha ini juga berlandaskan kepada dasar perbelanjaan berhemat dan berintegriti melalui penguatkuasaan ke atas pematuhan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan ke arah menangani ketirisan, pembaziran dan pemborosan,” katanya.

Beliau berkata, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri merupakan sebahagian daripada jentera pelaksana polisi Kerajaan Negeri khususnya dalam aspek sosioekonomi dan komersil.

“Kerajaan Negeri juga akan meneruskan inisiatif untuk memastikan Badan Berkanun, Agensi-agensi dan GLC Negeri sentiasa relevan dan berdaya maju dalam merealisasikan matlamat dasar Kerajaan Negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular