HomeUtamaDUN Sabah : Peruntukan RM7.3 Juta Kepada 73 DUN Di Sabah

DUN Sabah : Peruntukan RM7.3 Juta Kepada 73 DUN Di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.3 juta yang merupakan bantuan one-off Sentuhan Kasih kepada semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya berharap peruntukan itu akan dapat membantu semua wakil rakyat dan pemimpin setempat untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Ini merupakan tambahan kepada pelbagai jenis bantuan sedia ada yang telah dan sedang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Kita berdoa semoga situasi getir yang kita hadapi ini akan cepat berakhir agar dapat mempermudahkan kita semua untuk memulihkan kehidupan yang terjejas dan kembali kepada persekitaran kehidupan yang normal seperti sebelum ini.,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji turut menaruh keyakinan bahawa semua pihak mampu mengetepikan apa juga perbezaan atas matlamat yang sama untuk terus membangunkan dan memakmurkan negeri Sabah.

Terdahulu, beliau menyeru kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus mempamerkan nilai Keluarga Malaysia yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Katanya yang turut mengajak semua untuk menjayakan gagasan tersebut dan menjadikan amalan kekeluargaan di negeri Sabah sebagai ikutan kepada negeri lain di Malaysia.

“Nilai kekeluargaan di negeri Sabah tidak dibatasi oleh ras, politik, agama dan etnik. Pada kesempatan ini, saya mohon kepada semua ADUN untuk bersatu padu dan menggembleng tenaga untuk memajukan dan mensejahterakan seluruh rakyat di negeri ini.

“Kita ketepikan fahaman politik dan less politicking, kita tumpukan kepada usaha untuk membangunkan negeri Sabah dan mensejahterakan rakyat.  Rakyat Sabah sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding dengan rakyat Malaysia di Semenanjung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya