HomeIsu tempatanSeorang Mangsa Bot Karam Ditemui, Seorang Masih Hilang

Seorang Mangsa Bot Karam Ditemui, Seorang Masih Hilang

Read Time:1 Minute, 15 Second

TENOM: Seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas, Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam pada jam 4.45 petang, pada Khamis (23 September 2021).

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Misran Bisara berkata, seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam petang Khamis kira-kira 33 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali Melvin Junaidi berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, mayat mangsa dibawa ke Kg Binunuk untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

“Seterusnya mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala seorang lagi mangsa lelaki Joseph Sayah berusia 55 tahun masih belum dijumpai,” kata Misran.

Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bot karam bersama-sama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ditangguhkan pada jam 4 petang hari ini dan akan disambung pada keesokan hari.

Semalam, empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot tiba-tiba terbalik dan karam kerana arus sungai yang deras semasa menyeberangi Sungai Padas untuk balik ke rumah.

Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dikenali sebagai Joseph Sayah, 55, dan seorang kanak-kanak lelaki Melvin Junaidi,12, telah hanyut dibawa arus deras.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua pensyarah UMS terima pengiktirafan sebagai Felo IKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular