HomeUtamaPICK : 259 Anak Anggota Tentera Terima Vaksinasi Secara Pandu Lalu

PICK : 259 Anak Anggota Tentera Terima Vaksinasi Secara Pandu Lalu

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seramai 259 anak anggota tentera Divisyen Kelima Infantri (5 Div) terdiri daripada pasukan naungan bawah 5 Div menerima vaksin yang dilaksanakan secara Pandu Lalu di Kem Lok Kawi disini semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia berkata, tujuan pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu adalah sebahagian daripada usaha Tentera Darat dalam mendokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pemberian vaksin kepada anak-anak anggota tentera yang berumur antara 12 sehingga 17 tahun.

Selain bagi memastikan proses vaksinasi disegerakan agar tiada golongan yang tercicir dan seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok dalam kalangan tentera dan waris.

Program yang dilaksanakan seawal jam 8.30 pagi itu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.

Program seumpama itu akan diteruskan di kem-kem tentera kawasan tanggungjawab 5 Div agar pemberian vaksin ini dapat diberikan kepada anak-anak anggota tentera.

Pelaksanaan Vaksinasi Pandu Lalu ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dengan mengutamakan aspek kesihatanan bagi mencapai tahap imuniti kelompok.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular