HomeSukanSabah FC Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

Sabah FC Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan Sabah FC diperkemaskan tahun ini khususnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2021.

Katanya, para pemain juga perlu mempamerkan aksi persembahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya beritahu CM (Ketua Menteri), kita akan perkemaskan skuad bola sepak Sabah tahun ini khususnya menjelang saingan Piala Malaysia.

“Selain itu, saya juga telah meminta kepada Pengurus Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif, ini adalah peluang terakhir, pamerkan persembahan yang lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih Baharu Sabah FC Datuk Ong Kim Swee disini malam ini.

Bung berkata, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan perlu memastikan para pemain sentiasa mengutamakan disiplin dalam setiap perlawanan.

“Kita mesti buat sesuatu, kalau boleh kita bertegas, kita bertegas dan para pemain pun hendaklah sentiasa ada disiplin ketika latihan mahupun perlawanan sebenar.

“Pasukan Sabah FC juga perlu maju ke hadapan, bola sepak maju kita juga akan dapat hasil yang baik,” katanya.

Beliau turut berharap dengan kehadiran bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu akan dalam melaksanakan perubahan yang terbaik kepada Sabah FC.

“Saya berharap beliau boleh berkomunikasi dengan semua pemain selain dapat memberi yang terbaik sesuai dengan pengalaman beliau dalam arena bola sepak,” katanya

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya