HomeUtamaSabah siap sedia aktifkan sektor pelancongan

Sabah siap sedia aktifkan sektor pelancongan

Read Time:53 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, — Sabah sudah bersedia untuk melaksanakan konsep gelembung pelancongan susulan pelbagai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada mereka yang telah melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata kini semakin ramai penduduk tempatan telah melengkapkan pengambilan vaksin, yang membolehkan mereka merentas sempadan daerah masing-masing.

Bagaimanapun menurutnya semua agensi pelancongan dan pihak hotel perlu memperoleh kebenaran awal daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri sebelum mereka boleh menerima kehadiran pelancong dan menguruskan percutian mereka.

Beliau berkata semua percutian dan penginapan perlu ditempah terlebih dahulu menerusi agensi pelancongan, dan hotel perlu mematuhi SOP terkini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelancong perlu diangkut mengikut tempat yang ditetapkan, mengekalkan konsep pelancongan tanpa kontak, dengan urusan tempahan dibuat lebih awal, manakala petugas pengusaha pelancongan, hotel, tempat peranginan, inap desa, pemain industri pula telah menjalani vaksinasi penuh.

Jafry berkata dengan sektor pelancongan terus bergerak kearah norma baharu perjalanan, sudah tiba masanya bagi Sabah untuk mengaktif kembali industri pelancongan, bermula dengan pelancong tempatan dalam negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular