Lebih 2,000 Pelajar Sabah Telah Terima Agihan Bantuan IMPAC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Lebih 2,000 pelajar Sabah dari 50 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia telah menerima agihan bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC).

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan melibatkan sumbangan berjumlah RM1.5 juta itu telah diagihkan pada fasa pertama kepada anak-anak Sabah termasuk di Pusat Tahfiz.

“Pada fasa pertama kita telah memberikan RM1.5 juta untuk pelajar-pelajar IPT di seluruh Malaysia melibatkan anak Sabah termasuk Sarawak, Semenanjung dan negeri sabah ini.

“Fasa dua juga kita telah laksanakan dan Insyaallah kita akan menerima mana-mana permohonan pelajar-pelajar yang terjejas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program lawatan kerja dan simbolik penyampaian bantuan IMPAC kepada 10 orang pelajar di UiTM Cawangan Sabah disini semalam.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof Madya Dr Kadir Roseline.

Pada majlis itu, Mohd Arifin menyerahkan sumbangan IMPAC sebanyak RM121,800 kepada Datuk Prof Madya Dr Kadir Roseline untuk diagihkan kepada 406 pelajar yang layak.

Sementara itu UiTM Cawangan Sabah turut menerima sumbangan 220 ribu daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Rm3,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *