HomeUtamaYayasan Kebajikan Sabah Dilancarkan

Yayasan Kebajikan Sabah Dilancarkan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan YKS itu selaras dengan ucapan beliau pada pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Mac lalu.

“Pengalaman berhadapan dengan pandemik COVID-19 memberikan panduan kepada Kerajaan Negeri tentang keperluan untuk mewujudkan sistem sokongan kepada jentera Kerajaan untuk memastikan mekanisme penyampaian bantuan kebajikan yang lebih pantas dan menyeluruh.

“Sehubungan itu, sebagaimana yang telah saya umumkan dalam Ucapan Pelancaran Hala Tuju SMJ pada Mac lalu, hari ini kita akan secara rasmi melancarkan penubuhan YKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat sempena Majlis Setahun Kerajaan GRS Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, YKS itu nanti akan berpandukan model dan kejayaan fungsi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di peringkat nasional selain YKS akan membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan.

Katanya, antara fungsi utama institusi ini adalah untuk memperkasa kerjasama di antara kerajaan dengan NGO, korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk mencari dana dan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

“Institusi ini akan diurus tadbir secara profesional oleh petugas sosial terlatih untuk memastikan penyaluran bantuan dibuat secara telus dan sampai kepada golongan sasar.

“Pada hari ini, saya difahamkan YKS akan menerima sumbangan dana awal daripada beberapa GLC dan badan korporat untuk membantu pelaksanaan inisiatif dan program yang telah dirancang.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan Lembaga Pemegang Amanah YKS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya