HomeUtamaBung,Chong Wei Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sabah

Bung,Chong Wei Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin antara individu yang mendahului senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin esok.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya negeri dan Ketua UMNO Sabah menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai menerima SPDK pada tahun ini ialah Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun; Isteri bekas Perdana Menteri Ke-8 Puan Seri Nooraini Abdul Rahman, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Selain itu turut menerima Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Yee Moh Chai.

Sementara itu, seramai 66 orang tersenarai menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin, Ketua Wanita MCA Sabah Dr Pamela Yong, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah  Karunanithy Subbiah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip dan Pesara Polis Robert Foo Vui Tsun.

Turut tersenarai menerima PGDK Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Roland Chia Ming Shen,  Menteri Penbangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Ir. Shahelmey Yahya.

Seramai 10 penerima Jaksa pendamai (JP), antaranya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Jaguh Badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam pada itu, seramai 95 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti Ahli Darjah Kinabalu (ADK) seramai 233 orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) seramai 346 orang, Bintang Kinabalu (BK) seramai 400 orang, Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) seramai 142 orang.

Secara keseluruhan seramai 1,299 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini.

Istiadat pengurniaan pingat akan dijadualkan diadakan di Istana Negeri pada jam 9 pagi esok.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

1 COMMENT

  1. Bukan kah seharusnya penderma penderma darah juga layak diberikan anugrah penghormatan yang mana memberikan kesinambungan nyawa.Penderma yang telah menderma 40 kali keatas seharusnya layak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular