HomeUtamaMuhyiddin Beri Kepercayaan Pimpinan GRS Tentukan Haluan Hadapi PRU-15

Muhyiddin Beri Kepercayaan Pimpinan GRS Tentukan Haluan Hadapi PRU-15

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentukan haluan sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan pimpinan GRS akan berbincang bagi menetapkan pendirian dan haluan menghadapi PRU.

“Kita percaya bahawa GRS sudah mewujudkan kerjasama yang baik sepanjang setahun kerajaan GRS ditubuhkan dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan. 

“Kami juga telah berbincang dan Ketua Menteri turut mendengar apa yang kita bincangkan.  Ini juga kita bincangkan supaya lebih jelas apakah negeri ini berbeza dengan Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Muhyiddin turut yakin tidak berlaku sebarang pertembungan antara BERSATU dan UMNO di Sabah.

Katanya, ia juga bergantung kepada hasil perbincangan yang akan diputuskan bersama pimpinan GRS sama ada wujud kerjasama atau tidak.

“Sabah sangat unik dan ada sedikit kelainan dengan Semenanjung.  Ini kita akan ambil kira supaya ada keputusan yang baik untuk semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, BERSATU sedia untuk bertembung dengan UMNO pada PRU-15.

Katanya, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Bagaimanapun katanya, Bersatu mempunyai strategi dan cara tersendiri untuk mendekati rakyat berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

“Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perhimpunan Agung UMNO sudah buat keputusan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu. Secara asasnya mereka akan berlawan dengan kita (pada PRU15).

“Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu… kalau kita terpaksa bertembung dalam PRU15, kita tiada cara lain untuk mengelakkannya. Itulah realiti politik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular