HomeUtamaTidak Perlu Kuarantin Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Masuk Ke Sabah

Tidak Perlu Kuarantin Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Masuk Ke Sabah

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Individu yang lengkap divaksin untuk masuk ke Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib selepas kerajaan negeri melonggarkan syarat itu berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia berdasarkan prosedur standard operasi (SOP) yang dikemaskini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah semalam.

“Tiada lagi kuarantin wajib terhadap individu yang lengkap divaksin untuk masuk ke Sabah kecuali individu yang datang dari luar negara,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya disini semalam.

SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua Sabah yang dikemaskini semalam menyatakan kemasukan ke Sabah tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib.

Namun syarat itu dikecualikan bagi individu yang belum lengkap divaksin dan juga individu bergejala semasa saringan kesihatan di pintu masuk.   Kuarantin wajib juga perlu bagi individu yang datang dari luar negara.

Walau bagaimanapun, ujian saringan RT-PCR atau RTK-Ag masih perlu dilakukan dan perlulah negatif.

Tempoh sah laku RTK-Ag adalah sehari dan RT-PCR adalah tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah dan ujian hendaklah disahkan oleh klinik atau makmal yang melakukan ujian COVID-19 tersebut.

Kemasukan ke Sabah masih tertakluk kepada kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merentas negeri dan penilaian risiko oleh petugas kesihatan di pintu masuk utama Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Keperluan Mewujudkan Lembaga Padi dan Benih Baharu di Sabah...

1 COMMENT

  1. Terimakasih Datuk atas kelonggaran yang di berikan untuk individu yang masuk ke Sabah tanpa kuarantin.Ini memudahkan pergerakan kami sekiranya ada hal penting di Sabah.Tahniah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular