Isu Tapak Pra-Sekolah Perlu Diselesaikan Secara Menang-Menang

Read Time:55 Second

KUALA PENYU : Keputusan secara menang-menang perlu dicapai bagi memastikan isu tapak pembinaan Pra-Sekolah di Kampung Sinapokan Menumbok dapat dicapai.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, perbincangan dan pertemuan telah diadakan bersama pemimpin masyarakat di kampung berkenaan yang turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sinapokan Saiful Suari.

“Perbincangan telah dilakukan bersama mereka dan berharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan projek pembinaan Pra-Sekolah di kampung ini dapat dimulakan demi kepentingan anak-anak di kampung ini.

“Hasil perbincangan ini juga tersebut telah pun saya maklumkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut berharap agar pihak kementerian dapat mengambil tindakan penyelesaian terhadap kemelut itu bagi membolehkan projek itu dapat diteruskan.

Dalam perkembangan lain, Awang Aslee turut melawat bangunan kelas KAFA di Kampung Tanjung Aru yang dalam keadaan usang dan daif selain meninjau keadaan sistem perparitan di sekitar gerai dan bangunan surau lama di kampung itu.

Katanya, kerosakan bangunan dan sistem perparitan yang tersumbat hingga mengakibatkan banjir apabila musim hujan perlu diambil perhatian pihak kerajaan dan mengambil langkah melakukan pembaikan sewajarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.