HomeUtamaPolis Berjaya Tahan Pemandu Myvi Merah

Polis Berjaya Tahan Pemandu Myvi Merah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan berwarna merah dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi.

Suspek yang berumur 20-an itu turut dilaporkan bertindak agresif sehingga hampir merempuh anggota polis yang membuat serbuan ke atas kenderaan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berjaya ditangkap dalam serbuan Op Tapis yang dijalankan di Manggatal dekat sini.

Menurutnya, akibat tindakan agresif suspek, pasukan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta yang dipandu suspek.

Katanya, tindakan anggota polis menembak tayar di bahagian hadapan kiri dan kanan kereta terbabit untuk mempertahankan diri berikutan suspek yang enggan memberi kerjasama.

“Walaupun pada awalnya suspek berjaya melarikan diri, namun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh kira-kira 120 meter dari tempat kejadian.

“Pasukan polis kemudiannya berjaya memberkas suspek dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua paket plastik lutsinar setiap satu berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Rampasan dadah terbabit dianggarkan seberat 100 gram dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Beliau berkata, maklumat awal mengenai suspek diperoleh selepas ada pihak mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan. 

George berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sebelum ini, video yang menyaksikan suspek bertindak agresif cuba merempuh anggota polis dalam operasi berkenaan turut tular di media sosial petang tadi.  

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya