HomeUtamaPICK: Pemberian Vaksin Masih Diteruskan, 16 PPV Masih Dibuka Di Seluruh Sabah

PICK: Pemberian Vaksin Masih Diteruskan, 16 PPV Masih Dibuka Di Seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTATAN : Pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini masih diteruskan meskipun Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa daerah yang dibuka sebelum ini menamatkan operasi hari ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penerima yang belum menerima vaksin boleh mendapatkannya di klinik berhampiran atau di 16 PPV yang masih beroperasi di seluruh Sabah.

Katanya, bagi daerah Kota Kinabalu, penerima boleh hadir ke PPV Mega Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Sebanyak 16 daripada 224 PPV di Sabah masih dibuka sehingga kadar vaksinasi di negeri ini mencapai imuniti kelompok yang disasar pada awal November ini.

“Pengekalan operasi 16 PPV itu adalah bagi memudahkan pemberian vaksin di beberapa daerah yang dikenal pasti masih memerlukan PPV untuk melaksanakan pemberian suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan penghargaan kepada petugas PPV Dewan Sri Putatan sempena penutupan PPV itu disini petang tadi.

Shahelmey berkata, sebanyak 208 PPV yang dikendalikan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) sejak Mei lalu di seluruh Sabah ditutup mulai hari ini.

“Meskipun PPV ini ditutup, orang ramai khususnya yang belum melengkapkan vaksinasi atau masih belum menerima boleh mendapatkan di klinik kesihatan berdekatan atau klinik swasta yang dilantik sebagai pemberi vaksin.

“Pemberian vaksin ini juga adalah percuma kepada semua penerima,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular