Hajiji Terima Kunjungan Menteri Luar Bandar Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Seri Mahdzir Khalid di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Hajiji dan Mahdzir telah bertukar pandangan dan berbincang dengan lebih dekat mengenai pembangunan luar bandar di Sabah.

Dalam pertemuan ini, Mahdzir telah membuat perkongsian mengenai tindakan dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi meningkatkan pendapatanmasyarakat luar bandar di Sabah sekali gus membasmi kemiskinan, seperti memberi latihan kemahiran kepada kumpulan sasar menerusi agensi-agensi terlibat.

“Selain itu, kami juga telah berkongsi pendapat, cadangan dan meneliti beberapa langkah serta usaha bagi menambahbaik dan mewujudkan lebih banyak pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar Sabah.

“Usaha ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan kesejahteraan mereka”, kata Hajiji.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *