HomeUtamaMurid Prasekolah & Tadika Dibenarkan Hadir Ke Sekolah

Murid Prasekolah & Tadika Dibenarkan Hadir Ke Sekolah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan murid prasekolah dan tadika hadir ke sekolah  tanpa penggiliran bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sejajar dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, pengoperasian sekolah itu juga tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, kelas tuisyen, kelas muzik,kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbabyar dan sebagai turut dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Pengoperasian bagi kelas-kelas ini adalah dengan penggiliran serta 50 peratus kapasiti kelas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, bagi fasiliti sukan, kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun yang ditemani oleh ibubapa yang lengkap divaksin dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin turut dibenarkan menggunakan fasiliti sukan.

Katanya, penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan massa dibenarkan dengan kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Penyertaan bagi penganjuran sukan adalah terhad dengan penyertaan tidak melebihi 250 orang dan telah lengkap divaksin.

“Tempoh masa aktiviti dilakukan bermula 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular