HomeEkonomiPertandingan PitchBAH Sasar Lahirkan Ramai Usahawan Remaja

Pertandingan PitchBAH Sasar Lahirkan Ramai Usahawan Remaja

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan keusahawanan inovatif – Oozes’s Pitch Bah! – disasar untuk melahirkan lebih ramai bakat muda dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah.

Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) merupakan salah satu rakan strategik penganjuran program ini yang disasar untuk menggalakkan golongan remaja melontarkan idea keusahawanan dan menuai hasil pemikiran kreatif mereka.

Sebagai sebuah inisiatif kerajaan, Penolong Rakan Strategik dan Pembina Jenama SCENIC, Norsida Ajhari, berkata pusat berkenaan memainkan peranan penting dalam menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan yang dapat mengukuhkan lagi kemampuan teknologi dan kreativiti mereka.

Katanya, ia selaras dengan salah satu teras utama yang digariskan SCENIC iaitu Keusahawanan Bergerak Inovasi (IDE).

“Sabah merekodkan kadar pengangguran yang tertinggi di Malaysia. Kita yakin bahawa inisiatif Pitch BAH! kita dapat melahirkan lebih ramai bakat muda berkelayakan di peringkat global dan berkemungkinan ditawarkan peluang pekerjaan untuk bekerja di mana-mana syarikat kerana mereka sudah mempelajari semua perincian perniagaan yang merupakan perkara penting apabila memasuki pasaran kerja.

“Melalui pertandingan ini, peserta akan berpeluang untuk menyampaikan idea perniagaan mereka, bertukar idea inovatif dan penyelesaian serta mendapatkan maklum balas daripada pemain industri yang dapat membantu mereka bergerak ke hadapan,” katanya.

Permohonan untuk menyertai pertandingan itu dibuka sehingga 15 November, manakala peserta yang berjaya akan dimaklumkan pada 21 November untuk latihan selanjutnya sebelum ke pertandingan akhir.

Norsida menambah, SCENIC akan membantu untuk mempromosikan program itu melalui platform media sosial dan liputan media selain mengasah bakat yang dilahirkan PitchBah! ke tahap seterusnya menerusi pelbagai inisiatif di bawah SCENIC.

Sementara itu, pengasas Ooze, Precilla Fong, berkata acara itu akan membantu mengeluarkan idea inovatif dan penyelesaian melalui sesi pembentangan yang diadakan.

Ia akan membabitkan mentor yang akan membimbing usahawan remaja melalui sesi latihan secara dalam talian.

“Ketika sesi latihan, usahawan remaja akan mendapat pendedahan tentang perbezaan setiap industri dan bagaimana mereka bekerja, bagaimana untuk menghubung dan menerima maklum balas membina daripada pakar industri,” katanya.

Katanya, bagi penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir, penilai akan membuat penilaian pembentangan berasaskan pemberat yang sama berdasarkan kelayakan dan potensi pertumbuhan, selain faktor ‘wow’.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan berkenaan boleh memohon melalui https://www.oozeclub.com/competition.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular