HomeUtamaRakyat Diingatkan Tidak Abai Kewajipan Mentransformasi Akhlak

Rakyat Diingatkan Tidak Abai Kewajipan Mentransformasi Akhlak

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Umat Islam khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan kewajipan mentransformasi akhlak ke arah akhlakul karimah.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia penting kerana dengan memiliki akhlak yang baik dan terpuji merupakan pra syarat utama bagi melayakkan diri untuk bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

“Kecenderungan untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap merupakan antara penzahiran akhlak yang baik.

“Ia menjurus ke arah mempertaut kekuatan dan potensi umat Islam dalam memenuhi tuntutan mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mengukuhkan hubungan sesama manusia secara harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pelancaran sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Tun Juhar berkata, apabila tuntutan mengukuhkan hubungan itu dapat dilaksanakan, umat Islam akan mampu mewujudkan suasana yang ideal bagi menjana keamanan, kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang holistik.

Katanya, akhlakul karimah juga memotivasi diri supaya lebih responsif dan proaktif khususnya dalam menyantuni rakyat yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 yang belum reda dan menangani keadaan ekonomi yang belum pulih.

“Kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian berat dan ekonomi perlu dipastikan terus berdaya saing bagi menghindari beban sosio-ekonomi yang lebih getir membelenggu umat.

“Seiringan itu, jentera kerajaan hendaklah memastikan pelaksanaan pembangunan kerajaan sama ada di bawah bajet Negeri mahupun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) dikendalikan dengan baik.

“Sistem penyampaian yang cekap, proaktif dan kreatif berupaya menimbulkan rasa percaya di kalangan rakyat bahawa kita boleh berhadapan dalam tempoh sukar ini dengan semangat kesatuan dan cita bangsa yang luhur,” katanya.

Tun Juhar turut menyeru kepada rakyat Sabah untuk terus mempertahankan perpaduan sesama masyakat.

“Kita hidup dalam sebuah keluarga yang besar, Justeru saya berkeyakinan rakyat negeri ini adalah model terbaik dalam melestarikan semangat perpaduan sejati Merentasi Ideologi politik, budaya mahupun kepercayaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya