HomeUtamaCOVID-19: Kes Jangkitan Turun Mendadak

COVID-19: Kes Jangkitan Turun Mendadak

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak hari ini kepada 426 kes berbanding 695 kes yang dicatatkan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 269 kes berbanding angka semalam dan ia merupakan angka terendah sejak 16 Julai lalu.

“Seluruh daerah di Sabah mencatatkan kes di bawah paras 50 kes, hanya lima daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada jumlah kecil atau sederhana.

“Antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Belud -78 kes, Kudat -44 kes, Beaufort -32 kes, Tenom -21 kes, Keningau -14 kes, Tuaran -14 kes dan Tawau -14 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hanya 266 kes atau 62.43 peratus merupakan kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, kes selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat melebihi dua  hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui.

“Pada hari ini, 96.48 peratus adalah merupakan kes dalam Kategori satu dan dua yang lazimnya hanya memerlukan rawatan dan penilaian di rumah atau di PKRC sahaja.

“Hanya satu kes berada dalam Kategori tiga manakala empat kes dalam Kategori empat dan dua kes dalam Kategori lima serta lapan kes lagi masih dalam penilaian pihak JKNS,” katanya.

Katanya, masyarakat digesa untuk terus mematuhi SOP yang telah digariskan kerana faktor utama yang mempengaruhi perubahan angka setiap hari adalah sikap diri sendiri.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya