HomeUtamaPICK: Sabah Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak

PICK: Sabah Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 mula diberikan kepada petugas barisan hadapan di Sabah bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pemberian yang dilaksanakan JKNS itu membabitkan penerima dari kalangan petugas kesihatan dan anggota keselamatan.

“Pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 20 November depan sebelum ia dibuka kepada penerima dari golongan berisiko dan berusia 60 tahun ke atas.

“Selain petugas barisan hadapan, pemberian dos penggalak ini juga diberikan kepada golongan bukan kesihatan termasuk polis, tentera, RELA dan pegawai-pegawai yang sentiasa bersemuka dengan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program pemberian dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Program itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menjadi antara yang terawal menerima dos penggalak,

Dr Rose Nani berkata, pihaknya menerima banyak permohonan bagi mendapatkan dos berkenaan namun yang layak sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau terus dari PPV sahaja yang akan dipanggil.

Katanya, pemberian dos penggalak dilaksanakan di PPV yang masih beroperasi termasuk di PPV hospital dan klinik kesihatan seluruh negeri.

“Penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau dihubungi pihak PPV berdekatan untuk mendapatkan suntikan.

“Selain melalui aplikasi MySejahtera, penerima dos penggalak yang dikenal pasti layak juga akan dihubungi terus oleh pihak PPV atau hospital untuk menerima suntikan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, program itu menyaksikan seramai kira-kira 40 individu terdiri daripada barisan hadapan menerima suntikan dos penggalak.

Dos penggalak diberikan kepada individu yang sudah lengkap vaksin selepas enam bulan dengan keutamaan kepada individu barisan hadapan, golongan berisiko dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya