HomeUtamaKeupayaan Armada Timur Dipertingkat

Keupayaan Armada Timur Dipertingkat

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Keupayaan Armada Timur dipertingkat dengan penyertaan KD Badik ke Skuadron Kapal Misi Pesisir (LMS) Ke-11.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata penyertaan KD Badik itu akan menambahkan lagi keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga perairan negara.

“KD Badik adalah salah satu daripada empat buah Littoral Mission Ship yang diperolehi sejajar dengan Program Transformasi TLDM 15to5.  Kehadiran kapal baharu ini akan meningkatkan lagi keupayaan Armada TLDM dalam memelihara kedaulatan dan kepentingan maritim negara. 

“Kejayaan KD BADIK menyertai Skuadron LMS Ke-11 pada hari ini juga adalah hasil profesionalisme yang ditunjukkan oleh Pasukan Projek LMS TLDM di China sepanjang pembinaan kapal LMS TLDM bagi memastikannya siap dibina mengikut jadual semasa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas upacara Pentauliahan KD Badik di Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar disini hari ini.

Mohd Reza turut memaklumkan pembinaan kapal tersebut melibatkan kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan China melalui firma tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding & Offshore International Cooperation Limited.

“Sehingga kini tiga buah kapal telah diterima termasuk KD Badik manakala sebuah lagi dijangka akan diterima pada Disember tahun ini. 

“Sebagaimana KD Keris dan KD Sundang, KD Badik juga diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Armada Timur, Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 47 kru pertama akan menganggotai KD Badik dan diketuai Pegawai Memerintah KD Badik, Komander Mohd Sharedzwan Saharudin.

Hadir sama dalam upacara tersebut Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Ruji Ubi, Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Armada Timur Datuk Sabri Zali, Panglima Wilayah Udara 2 Datuk Shamsudin Kassim dan Panglima 5 Divisyen Datuk Halim Khalid./Penerangan-

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular