HomeUtama94.4% Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

94.4% Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

Read Time:41 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 22,109,534 individu atau 94.4% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, sebanyak 97.4% atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3% sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8% atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular