HomeUtamaKerajaan Sabah Lulus Projek Pembangunan Skim Penempatan Semula

Kerajaan Sabah Lulus Projek Pembangunan Skim Penempatan Semula

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah meluluskan kesinambungan Projek Pembangunan Skim Penempatan Semula sebagai salah satu program yang menjurus kepada kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan salah satu Teras Hala Tuju dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (SMJ1.0).

“Kementerian Pembangunan Perindustrian telah merancang pembangunan Skim Penempatan Semula V12 Fasa 3 ini yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.

“Pada masa ini, Skim Penempatan V 12 Fasa 3A dan 3B yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 20 ekar akan menyediakan kira-kira 89 buah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja dan majlis pecah tanah Projek Skim Penempatan Semula 3A dan 3B Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) disini semalam.

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, projek V 12 Fasa 3A dan 3B itu dijangka siap penghujung April 2023.

Katanya, kerajaan negeri turut komited untuk terus membangunkan baki fasa Projek V 12 iaitu Fasa 3C dan 3D atas kawasan seluas kira-kira 20 ekar setelah Fasa 3A dan 3B disiapkan.

“Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penempatan Semula di mana ia diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan dianggotai oleh wakil-wakil dari agensi Kerajaan yang berkenaan.

“Antaranya seperti Jabatan Tanah & Ukur, Jabatan Peguam Negeri, Kementerian Kewangan, Jabatan Hasil Bumi, Pejabat Daerah, dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk membincangkan isu-isu berkaitan penempatan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Joachim berkata, sehingga Disember 2020, jawatankuasa ini telah meluluskan 435 permohonan yang layak untuk Skim Perumahan di mana 310 unit telah diagihkan kepada pemohon.

Katanya, baki unit akan diagihkan dengan penyiapan Skim Penempatan V 12 Fasa 3 ini kelak.

“Sementara itu kira-kira 100 lot kosong Site dan  Service telah diserahkan kepada pemohon yang layak.

“Untuk status geran tanah lot-lot individu di Skim Penampatan Semula yang telahpun diagihkan kepada penduduk yang layak iaitu kira-kira 166 unit di V 19 Fasa 1 dan 2 manakala kira-kira 144 unit di V 12 Fasa 1 dan 2; Kerja-kerja pengukuran pecahbahagi geran tanah telahpun disiapkan.

“Adalah dijangkakan geran-geran tanah pecahbahagi berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Tanah & Ukur dalam tahun 2021 ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya