HomeUtamaCOVID-19: Hadiri Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

COVID-19: Hadiri Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah semalam berpunca dari menghadiri upacara pengebumian di Kg Alab Senagang, Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Alab Senagang, Tenom merupakan kluster jenis komuniti.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan disyaki berpunca daripada upacara pengebumian ibu mertua kepada kes indeks.

“Pada 10 Oktober 2021, ibu mertua kes indeks yang meninggal dunia, telah dibawa balik ke Kg Alab Senagang pada 11 Oktober 2021.

“Seramai 20 ahli keluarga dilaporkan berkumpul semasa jenazah di bawa pulang ke rumah kes namun siasatan lanjut masih dijalankan. Daripada 88 saringan, 50 kes didapati positif termasuk empat kes baharu dilaporkan pada Jumaat (22 Oktober 2021),” kata Masidi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, kes indeks kluster tersebut adalah seorang wanita tempatan berusia 37 tahun, tinggal di Kg Alab Senagang, Tenom.

“Kes indeks disahkan positif COVID-19 di Hospital Tenom pada 14 Oktober 2021 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada hari yang sama,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya