HomeIsu tempatanJHEWA Serah Geran Peruntukan Kepada NGO Wanita

JHEWA Serah Geran Peruntukan Kepada NGO Wanita

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah semalam menyerahkan geran peruntukan kepada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) wanita di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penyerahan geran itu melibatkan peruntukan geran keseluruhan tahunan sebanyak RM150 ribu.

“Persatuan yang terpilih merupakan persatuan yang mempunyai sijil pendaftaran (ROS) yang sah serta berdaftar di bawah JHEWA dan sering memberikan laporan pelaksanaan program geran bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Selain itu, komitmen dan aktif dalam sebarang program anjuran JHEWA dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) juga menjadi nilai tambah dalam pemberian geran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Geran Peruntukan Kepada Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah JHEWA, disini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Myrna Jimenez, Pengerusi MPWS, Datuk Dr.Tarsiah Tz Taman dan Pengarah JHEWA, Rusnah Kuyung.

Shahelmey berkata, usaha murni kerajaan ini membolehkan lebih banyak penyertaan daripada persatuan wanita untuk mengadakan program atau aktiviti bagi membantu golongan wanita yang terkesan akibat pandemik dan miskin B40.

“Diharap, dengan penyaluran geran ini dapat meningkatkan lagi penyertaan dan peranan wanita khususnya ahli-ahli dalam persatuan bagi membangun dan mensejahterakan wanita serta masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kebajikan,” katanya.

Antara persatuan yang menerima geran ialah Persatuan Wanita Bersatu Pantai Barat, Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah, Persatuan Pelindung Wanita Sabah, Be Frienders, Badan Wanita USIA Bahagian Kudat, Pertubuhan Pembangunan Wanita Desa Pantai Barat Sabah, The Federation of Sabah Chinese Women Association, Persatuan Usahawan Industri Kecil Wanita Membakut Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sabah dan Persatuan Ibu Tunggal Karambunai.

Turut menerima geran ialah Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Persatuan Ibu Tunggal Tambunan, Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah, Persatuan Usahawan Daerah Sipitang, Persatuan Wanita Kampung Maraba Beaufort, Persatuan Ibu Tunggal Warga Sabah Lembah Klang, Persatuan Milineal Usahawan Wanita Maju Sabah dan Persatuan Usahawan Sandakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya