HomeUtamaCOVID-19: Sabah catat 592 Kes Positif & 1 Kluster Baharu

COVID-19: Sabah catat 592 Kes Positif & 1 Kluster Baharu

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kes Positif COVID-19 di seluruh negeri ini terdapat sedikit penurunan iaitu 49 kes menjadikan 592 kes berbanding 641 kes yang direkodkan semalam.

Selain empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, trend jangkitan COVID-19 di Sabah tidak banyak berubah sejak beberapa hari.

Katanya daripada 592 kes yang direkodkan hari ini, 202 kes (34.1%) adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

“Di Kota Kinabalu, 74 daripada 76 kes adalah kes lewat daftar, 25 di Papar, 25 di Tenom, 14 di Kota Belud dan Lahad Datu,” jelasnya.

Menurut Masidi lagi, jumlah kes di daerah Kota Kinabalu adalah yang tertinggi di Sabah dan hari ini
menambah enam kes baharu. Begitu juga di Beaufort meningkat 17 kes, Kota Marudu 14 kes, Kinabatangan 18 kes dan Tambunan 16 kes yang merekodkan pertambahan.

Walau bagaimanapun, tidak ada pesakit Kategori 5 yang dicatatkan hari ini, empat orang dalam Kategori 4, tiga orang dalam Kategori 3, 468 orang (79.1%) dalam Kategori 2 dan 102 orang (17.2%) dalam Kategori 1, sementara 15 kes lagi masih dalam siasatan lanjut oleh Jabatan Keaihatan Negeri Sabah (JKNS).

Dalam pada itu, Masidi dalam kenyataannya turut menyatakan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Blok 03, Kinabatangan diklasifikasikan sebagai kluster komuniti yang menular di salah sebuah ladang sawit di Kinabatangan.

Kes indeks adalah ketua mekanik, warga tempatan berusia 58 tahun, dikesan positif 100% grading RTK-Ag dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan.

Seterusnya aktiviti persampelan kontak daripada kluster tersebut mendapati seramai 19 kes positif COVID-19 dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.

“Sebanyak 311 kes daripada Saringan Kontak Rapat dilaporkan hari ini, keadaan ini dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” tambah Masidi.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya