HomeGaya hidupPerkasakan Warisan Kebudayaan Etnik Di Negeri Sabah - Hajiji

Perkasakan Warisan Kebudayaan Etnik Di Negeri Sabah – Hajiji

Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meminta persatuan etnik di negeri ini agar terus membangunkan kebudayaan, adat dan bahasa etnik masing-masing agar tidak pupus oleh arus perkembangan pesat dunia globalisasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik di negeri ini akan terus diperkasa dan tidak terpinggir dalam kemodenan serta teknologi masa kini.

Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin
menandatangani plak perasmian Hari Etnik Sabah sempena Hari Jadi rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-68 sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Turut kelihatan ialah
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Joachim Gunsalam (dua dari kanan) yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin (kanan); Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong (kiri), pada majlis yang diadakan di Hotel Hilton Kota Kinabalu pada Sabtu.

Dalam masa sama katanya, Kementerian Pelancongan, Kebudyaaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah diminta agar mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mana-mana etnik yang mungkin sudah atau semakin pupus di negeri ini tetapi kaya dengan budaya serta adat resam yang boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang bersejarah.

“Sekurang-kurangnya, etnik itu tidak akan pupus begitu sahaja tanpa diketahui kewujudannya di Sabah. Saya percaya masih banyak lagi budaya daripada segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang belum diketahui.

“Penduduk Sabah sendiri lebih daripada 30 etnik dengan menggunakan lebih 50 bahasa dan tidak kurang daripada 90 dialek. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu lebih banyak warisan budaya yang dimiliki ini diketengahkan bukan saja kepada dunia luar tetapi juga anak bangsa kita sendiri yang belum mengetahuinya.

“Tarian seperti limbai, sumazau dan magunatip mungkin sudah diketahui ramai tetapi saya percaya dengan lebih 30 etnik di Sabah, masih banyak lagi warisan budaya lama yang perlu diselongkar, agar tidak pupus ditelan zaman,” kata Hajiji pada majlis
perasmian Hari Etnik Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Noraini Salleh.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Datin Linda Ewit; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan isteri Datin Halida Bahat; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohammad dan Pembantu Menteri Pelancongan, Datuk Joniston Bangkuai.

Dalam pada itu, Hajiji berharap generasi muda akan mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri bagi membolehkan setiap amalan budaya tradisional terus kekal.

“Kita tidak mahu keprihatinan terhadap sumbangan seni dan budaya sendiri dilihat semakin terhakis oleh arus perkembangan pesat dunia globalisasi. Lebih merisaukan apabila kita kehilangan warisan budaya tradisional begitu sahaja kerana tiada pewarisnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dijalankan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat khususnya di Sabah, pembinaan dasar kesatuan dalam kepelbagaian etnik secara tidak langsung mampu menjadi tarikan pelancong dari luar.

“Dengan berkonsepkan kesatuan kepelbagaian etnik maka dapat mengimbangi sektor pelancongan antaranya menerusi persilangan budaya, adat, bahasa sukuan, peralatan muzik tradisional, makanan tradisi dan pakaian etnik.

“Usaha ini dilihat mampu menjadi tarikan dalam sektor pelancongan di negeri ini, kerana pelancongan adalah antara teras utama yang diberi penekanan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya sambil menambah rakyat Sabah hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun negeri ini mempunyai lebih 30 dan 217 sub etnik.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya