HomeIsu tempatanSM St Patrick Tawau Ungguli Kategori Anugerah Wira Serasi

SM St Patrick Tawau Ungguli Kategori Anugerah Wira Serasi

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU:  Sekolah Menengah (SM) St Patrick Tawau mengungguli Kategori Anugerah Wira Serasi peringkat sekolah menengah bandar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, manakala tempat kedua dimenangi oleh SM Holy Trinity Tawau dengan hadiah RM4,000, trofi beserta sijil. 

Kategori Wira Serasi Sekolah Menengah Luar Bandar pula diraih SMK Bukit Garam II Kinabatangan,  diikuti SMK Umas-Umas Tawau dan SMK Beluran di tempat kedua dan ketiga dengan hadiah masing-masing RM5,000, RM4,000 dan RM3,000 serta trofi.

Sementara itu, empat sekolah iaitu SJK Chi Hwa Sandakan, SJK (C) Sin Hwa Tawau, SMK Tawau dan SM St Michael Penampang turut membawa pulang hadiah RM1,500, trofi dan sijil apabila diumum sebagai penerima Anugerah Mentor Serasi.

Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) secara maya itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, disini semalam.

Majlis tersebut turut menyaksikan SK Kg Simunul Semporna diikuti SK Tanjung Batu Keramat Tawau dan SK Lahad Datu IV Lahad Datu dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Rendah – Bandar), manakala bagi kategori Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Rendah – Luar Bandar) dimenangi SK Kinaluan Tambunan sebagai johan dan SK Sin Boon Sindumin sebagai naib johan.

Sementara itu, SMK Muhibbah Sandakan muncul juara untuk Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Menengah – Bandar), disusuli SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu dan Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Turut merai kemenangan, SMK Abaka Tawau muncul johan Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Menengah – Luar Bandar) diikuti SMKA Mohd Ali Ranau, SMK Datuk Peter Mojuntin. 

Dalam pada itu, sebanyak 11 kategori menengah dan rendah diumumkan iaitu Lukisan Digital, Video Pendek Alam Sekitar, Pedalaman Challenge Seni Visual, Anugerah Khas Inovasi Sekolah serta Anugerah Khas Perubahan Iklim dan Sustainable Development Goals.  

Menurut Jafry, melalui SERASI, banyak sekolah telah berjaya meraih pelbagai anugerah alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Projek Five Green Programme oleh SM St Patrick Tawau yang terpilih sebagai pemenang bagi 2020 Southeast Asian ministers of Education Organisation (SEAMEO), manakala SMK Kunak Jaya muncul sebagai naib johan dengan Japan ESD Award nertemakan “Addressing Plastic Problems for Transforming Communities”.

Tambahnya, anugerah khas yang diperkenalkan pada kali ini bersesuaian dengan keadaan pandemik sekarang yang menyebabkan semua penyertaan bagi pertandingan itu dikemukakan kepada pihak penganjur secara dalam talian atau melalui pos./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular