PICK : Lebih 72 Peratus Penduduk Dewasa Sabah Lengkap Divaksinasi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

PUTATAN: Penduduk dewasa lengkap vaksin COVID-19 di Sabah kini telah mencapai lebih 72 peratus.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmy Yahya berkata, meskipun statistik vaksinasi penduduk dewasa Sabah menunjukkan 72 peratus sahaja namun data sebenarnya melebihi daripada itu.

“Mengikut data pada semalam, sebanyak 72 peratus penduduk dewasa Sabah telah lengkap divaksin namun melalui Mesyuarat  Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama Ahli Jawatankuasa COVID-19 Kebangsaan bersetuju bahawa peratusan vaksinasi penduduk Sabah lebih tinggi dari data tersebut.

“Hal ini disebabkan ramai penduduk Sabah yang kini bekerja di Semenanjung telah menerima suntikan vaksin disana namun data yang kita perolehi disini menunjukan mereka belum mendapatkan vaksin dan kita sedang membuat penyelarasan berkenaan hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Anne Psychology Centre dan Counselling Clinic, disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, klinik kesihatan mental swasta itu merupakan klinik pertama dibuka di daerah Putatan yang  diasaskan oleh Siti Norain @ Anne Mohd Yassin @ Matiasin 

Katanya, klinik itu menawarkan perkhidmatan bimbingan serta kaunseling, selain terapi individu, pasangan, keluarga, berkumpulan, ceramah motivasi, kursus dan bengkel, tele-kaunseling, seminar/webinar, latihan kepada syarikat usahasama dan sebagainya. 

“Sebagaimana yang kita ketahui, semasa era pandemik yang bermula Mac 2020 sehingga sekarang ramai golongan individu yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 ini seperti kehilangan pekerjaan, pendapatan yang berkurangan dan menimbulkan tekanan ataupun kemurungan di kalangan individu yang terlibat,” katanya.

Hadir sama menyertai perasmian tersebut, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Mohd Ikram Aidi dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N24 Tanjung Keramat, Mohd Sufian Matin./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *