HomeUtamaBKP Sebanyak RM500 Mula Dibayar Hari Ini

BKP Sebanyak RM500 Mula Dibayar Hari Ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan akan mula dibayar hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai Selasa, 26 Oktober 2021. Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

“Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular