KOTA KINABALU: Kaunter Pembayaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mula beroperasi 8.00 pagi hingga 3.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum berkuatkuasa 1 November 2021 ini.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kaunter pembayaran terlibat iaitu Kaunter Pembayaran Dewan Serbaguna Damai dan Kaunter Pembayaran Centre Point.
“Ini adalah sebagai tambahan kepada kaunter yang telah awal beroperasi sebelum ini seperti Kaunter Pembayaran Utama Bangunan Ibu Pejabat DBKK
dan Kaunter Pembayaran DBKK, Tingkat 6, Menara UTC.
“Selain melalui kaunter, urusan pembayaran dan memeriksa bil masih boleh dilakukan secara “online” dengan melayari web atau melalui aplikasi seperti E-Services DBKK (Cukai Kadaran / Kompaun / Lesen DBKK) https://eservices.dbkk.sabah.gov.my, DBKK e-cukai (Cukai Kadaran Sahaja) Muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore, Sabah Pay (Cukai Kadaran / Kompaun) Muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore, dan Jompay (Cukai Kadaran Sahaja) Biller code : 56739,” katanya.
Noorliza juga menegaskan bahawa DBKK mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat iaitu hanya pengunjung yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki premis DBKK, pengunjung perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di tempat pemeriksaan, pengunjung perlu mematuhi SOP yang sedia ada iaitu memakai pelitup separuh muka serta pemeriksaan suhu badan dan mendaftar sebagai pelawat melalui aplikasi MySejahtera.