HomeUtamaCOVID-19 : Lima Daerah Di Sabah Catat Peningkatan Kes Jangkitan Agak Tinggi

COVID-19 : Lima Daerah Di Sabah Catat Peningkatan Kes Jangkitan Agak Tinggi

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Lima daerah di Sabah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi kes jangkitan COVID-19 dan hanya dua daerah sahaja yang mencatatkan penurunan signifikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah turut mencatatkan peningkatan 115 kes berbanding semalam dengan jumlah kes baharu sebanyak 565 kes hari ini.

“Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes agak tinggi iaitu sebanyak 20 daerah, cuma tujuh daerah mencatatkan penurunan kes harian.

“Manakala lima daerah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Beaufort +30 kes, Kota Marudu +25 kes, Keningau +19 kes, Papar2 +19 kes dan Beluran +11 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hanya dua daerah mencatatkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan -27 kes dan Tawau -12 kes.

Katanya, jumlah kes melalui saringan bergejala kekal tinggi, yakni 213 atau 37.70 peratus daripada kes keseluruhan.

“Jumlah yang tinggi ini harus menjadi peringatan sekali lagi agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

“Penarikan balik sekatan-sekatan tertentu kegiatan ekonomi dan sosial telah merancakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan  perhimpunan samada di tempat kerja atau di tempat awam dan ini meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadic,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha memperkemaskan data kes harian melalui pengurusan kes-kes lewat daftar secepat mungkin.

“Hari ini jumlah kes yang lewat daftar telah berkurangan secara signifikan. sebanyak 70.62 peratus atau 399 daripada kes hari ini adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Dalam pada itu, 96.11 peratus daripada keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5. Sejumlah 15 kes lagi masih dalam penilaian JKNS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya