HomeUtamaEnam Jabatan & Agensi Terima Produk Sejuk Beku Yang Dirampas Bernilai RM2.33...

Enam Jabatan & Agensi Terima Produk Sejuk Beku Yang Dirampas Bernilai RM2.33 Juta

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) semalam melupuskan sitaan produk sejuk beku dengan cara serahan sumbangan bekalan makanan haiwan kepada enam Jabatan dan Agensi.

Ia berupa produk daging sejuk beku hasil rampasan yang telah dilucuthakkan membabitkan kes dari September hingga Oktober 2021 sebanyak 11 tan bernilai RM106 ribu di Zoo Negara, semalam.

Serahan sumbangan ini disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kepada pihak Zoo Negara, Penjara Marang Terengganu, Penjara Penor Kuantan Pahang, Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, Penjara Machang, Kelantan serta wakil dari National Wildlife Rescue Center (NWRC) Perak di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Ronald berkata, secara keseluruhan, setakat Oktober 2021, sumbangan seberat 146 tan produk daging sejuk beku dengan nilai rampasan bernilai RM2.33 juta adalah produk yang dibawa masuk secara tidak sah dari pelbagai negara.

Katanya, kesemua serahan itu adalah hasil daripada sitaan terhadap pengimportan keluaran pertanian yang telah melalui proses lucut hak di bawah kesalahan subseksyen 11 (1) dan 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Turut hadir bersama-sama bagi menjayakan program MAFI Prihatin, Ketua Setiausaha MAFI Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah MAQIS Shamsul Akbar Sulaiman, dan Timbalan Ketua Pengarah MAQIS Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar.

Ronald berkata, inisiatif sumbangan bekalan makanan haiwan di bawah program MAFI Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban pihak yang terlibat dalam menampung sumber bekalan makanan haiwan dan ternakan ikan dibawah seliaan mereka.

“MAFI melalui MAQIS komited melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mana-mana agensi serta Jabatan yang memerlukan seperti pihak Zoo dan pihak Penjara di mana sitaan tersebut akan dijadikan sumber makanan ternakan ikan keli bagi projek rehabilitasi banduan di penjara serta sumber makanan haiwan di zoo dan pusat konservasi hidupan liar,” katanya.

Katanya, MAFI tegas menguatkuasakan undang-undang negara dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan makhluk perosak dan penyakit merbahaya yang boleh mengancam sektor pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal di kesemua pintu masuk negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya