HomeUtamaDBKK Keluarkan 6 Kompaun Dalam Ops Bersih

DBKK Keluarkan 6 Kompaun Dalam Ops Bersih

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan enam kompaun kepada pesalah yang didapati membuang puntungan rokok di tempat awam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kesemua pesalah di kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984  Bandaraya Kota Kinabalu Pindaan 2005.

“Seramai 13 anggota Unit Kawal Selia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK telah melaksanakan Ops Bersih di Kampung Air Kota Kinabalu pada Rabu lalu bermula jam 5 petang hingga 10.

“Sebanyak enam kompaun dikeluarkan kepada pesalah yang didapati membuang puntungan rokok di tempat awam dan lima daripadanya telah dibayar serta merta,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, selain menguatkuasakan UUK, operasi itu juga dilaksanakan bagi memastikan pemilik dan penyewa premis di kawasan itu mematuhi Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) yang telah dilaksanakan sejak bulan Disember 2019.

Katanya, SPSS adalah sistem dimana penduduk dan pemilik premis perniagaan atau tempat tinggal akan melupuskan sampah mereka sendiri dengan membuang terus ke lori kompaktor DBKK mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Ops Bersih sebegini akan kerap dilaksanakan oleh DBKK bagi memberi kesedaran kepada orang awam berhubung tanggungjawab dalam menjaga kebersihan bandaraya Kota Kinabalu yang tercinta ini.

“Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa peka terhadap kebersihan persekitaran bandaraya dengan menghargai dan menggunakan kemudahan awam yakni tong sampah yang disediakan dengan sebaiknya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular