HomeUtamaBersedia Menjadi Negara Warga Tua 2030

Bersedia Menjadi Negara Warga Tua 2030

Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA PENYU: Kesejahteraan dan pembangunan warga emas penting sebagai persiapan di masa akan datang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini sejajar dengan unjuran bahawa Malaysia akan menjadi negara warga tua menjelang 2030.

Jelasnya, kerajaan telah merangka dasar-dasar  sebagai persiapan menjadi negara warga tua ini.

“Mengikut unjuran, memang Malaysia akan mencapai taraf negara warga tua di mana lima belas peratus daripada jumlah penduduknya akan mencapai umur 60 tahun ke atas.

“Dengan itu kerajaan telah merangka dasar-dasar untuk mensejahterakan warga emas.

Shahelmey ketika menyampaikan Sijil Penghargaan PAWE Paling Aktif di Malaysia Tahun 2021 kepada Pengerusi PAWE Kuala Penyu; Winnie (tiga dari kanan)

“Menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan persatuan-persatuan berkaitan warga emas antara usaha kerajaan dalam persediaan menjadi negara warga tua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan PAWE paling aktif di Malaysia Tahun 2021 di PAWE Kuala Penyu disini hari ini.

Menurut Shahelmey, PAWE merupakan satu pusat yang baik agar warga emas dapat melakukan aktiviti-aktiviti bagi mengisi masa lapang.

“Selepas bersara pada umur 60 tahun, warga emas perlu membuat aktiviti yang baik, sihat dan efektif bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka. 

“Harap aktiviti yang mereka jalankan akan dapat diteruskan agar semua warga emas di kawasan masing-masing dapat mengisi masa lapang mereka,” katanya.

Sebagai rekod, PAWE merupakan sebuah pusat yang menggalakkan aktiviti seperti program keagamaan, kraftangan, rekreasi, terapi dan pemulihan, ceramah kesihatan dan beberapa lagi aktiviti yang membabitkan warga emas.

PAWE Kuala Penyu merupakan antara lima daripada 143 PAWE yang aktif di Malaysia. PAWE tersebut juga mendapat johan dan naib johan dalam pertandingan Azan dan Doa serta naib johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah dan Program Kalam Jaddi peringkat kebangsaan  tahun ini.

Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah; Dayang Rugayah Awang Besar, Pegawai Daerah Kuala Penyu; Sebastian Ingkim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian OKU dan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah; Zulkiflie Hassan dan Pengerusi PAWE Kuala Penyu; Winnie.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular